Syarat dan Ketentuan
Silakan baca syarat dan ketentuan kami sebelum booking.
TERMA & SYARAT
- Tempoh sesi bergambar adalah sekitar 10– 15 minit sahaja.
- Gambar akan diberikan melalui pautan WhatsApp (Apps) atau Google Drive.
- Satu pakej hanya dibenarkan untuk satu (1) keluarga besar sahaja.
- Tiada pecahan keluarga dibenarkan dalam satu pakej yang sama.
- Sekiranya ingin membuat pecahan keluarga kecil, pelanggan perlu mengambil slot dan pakej baharu.
- Cadangan: Jumlah individu yang ideal dan kelihatan cantik untuk sesi bergambar adalah 5–10 orang dan ke atas.
- Bayaran penuh hendaklah dibuat sejurus selepas sesi bergambar tamat.
- Softcopy akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas sesi bergambar.
- Softcopy perlu dimuat turun dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan.
- Selepas tempoh tersebut, softcopy akan dipadam daripada sistem kami.
- Pemilihan gambar untuk frame perlu dibuat dalam tempoh 48 jam selepas softcopy diterima.
- Kelewatan membuat pemilihan gambar akan menyebabkan proses frame tergendala mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak kami.
- Frame Raya akan diserahkan selepas Hari Raya, iaitu sekitar 4 minggu selepas berakhir bulan Syawal.
- Frame yang telah siap dan dimaklumkan kepada pelanggan hendaklah diambil atau dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh makluman.
- Pihak Akhi Photo berhak melupuskan frame yang tidak dituntut selepas tempoh tiga (3) bulan dari tarikh makluman.
- Pelanggan yang telah membuat tempahan slot foto Raya diminta hadir 10 minit lebih awal daripada waktu sesi yang telah ditempah.
- Pelanggan slot foto Raya hendaklah bersiap sepenuhnya dari rumah.
- Sekiranya persiapan tidak lengkap atau belum bersedia ketika tiba giliran, sesi akan dilangkau ke giliran seterusnya.
- Terma dan syarat setiap pakej adalah seperti yang dinyatakan dalam Pakej Studio Raya 2026 yang telah diberikan kepada pelanggan.
- Tiada pemulangan bayaran deposit sekiranya anda membatalkan tempahan. (Non refundable booking fee).
- Sekiranya anda ingin menukar tarikh selepas membuat tempahan slot, anda diminta untuk memaklumkan kepada pihak kami sekurang-kurangnya sehari sebelum bagi mengelakkan bayaran deposit anda terbatal.
- Penukaran tarikh disaat akhir selepas membuat tempahan slot perlu membuat tempahan slot yang baru. Tiada pemulangan deposit.
- Sila berhati-hati dan awasi anak-anak anda. Sebarang kerosakan dengan sengaja atau tanpa sengaja akan dikenakan bayaran ganti rugi.